Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita warga emas hilang di Pakan ditemui selamat
  • Tengah
  • WILAYAH

Wanita warga emas hilang di Pakan ditemui selamat

Utusan Sarawak 7 hours ago
SERIAH Luyoh,67, ditemui selamat pada hari kelima SAR. Foto IPD Julau

PAKAN: Wanita warga emas, Seriah Luyoh, 67, yang dikhuatiri hilang pada 13 Januari lalu telah ditemui dalam keadaan selamat dan lemah pada hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini.

Penemuan mangsa dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah.

Katanya, mangsa ditemui pada 10.15 pagi dalam keadaan lemah.

“Semasa operasi SAR dalam radius sekitar 1.3 kilometer dari tempat kejadian, mangsa berjaya ditemui, sedang duduk di kawasan hutan.

“Mangsa dalam keadaan lemah. Tiada kecederaan dikesan melainkan kesan-kesan duri dan calar pokok kelapa sawit dan semak samun di kedua belah kaki mangsa.

“Mangsa telah dibawa keluar dari hutan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Pakan untuk rawatan. Mangsa tiba di klinik pada 11.30 pagi,” katanya.

Tambahnya, operasi SAR tamat sepenuhnya pada 11.45 pagi tadi.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang oleh adik iparnya selepas keluar dari rumah untuk mengambil sayur di bahagian belakang rumah di Rumah Ajai Sandin pada sekitar 11.00 pagi, 13 Januari lalu.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Projek RTP beri wajah baharu kepada IPD Meradong
Next: BBP Bintangor perkukuh kesedaran kebakaran di peringkat sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.