Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP beri wajah baharu kepada IPD Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek RTP beri wajah baharu kepada IPD Meradong

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama KPD Meradong, DSP Tansli Mering (enam kiri) dan yang lain. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Projek menaik taraf jalan di bawah projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual.

Kerja-kerja mengecat semula bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong juga telah dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus meningkatkan kemudahan dan keselesaan warga polis di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah menyaksikan upacara ringkas penyerahan tapak projek tersebut yang bernilai RM120,000 baru-baru ini.

“Pelaksanaan projek seumpama ini amat penting bagi memastikan kebajikan anggota keselamatan sentiasa diberi perhatian, di samping menyediakan persekitaran kerja dan kediaman yang lebih selesa, selamat dan kondusif.

“Kemudahan infrastruktur yang baik bukan sahaja meningkatkan keselesaan, malah turut menyokong kecekapan perkhidmatan dan operasi PDRM dalam menjaga keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui media.

Tambahnya, projek RTP DUN Meradong itu bermula pada 26 November 2025 dan dijadualkan siap pada 25 Mei ini, namun berjaya disiapkan lebih awal hasil kecekapan pelaksanaan dan kerjasama erat semua pihak terlibat.

“Skop kerja merangkumi penambahbaikan dan naik taraf jalan-jalan di kawasan kuarters polis bagi memastikan kelancaran pergerakan serta keselamatan penghuni, selain kerja-kerja mengecat semula bangunan IPD Meradong yang memberi wajah baharu dan lebih kemas kepada premis tersebut.

“Terima kasih kepada pihak kontraktor, agensi pelaksana dan pihak IPD Meradong atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sehingga projek dapat disiapkan dengan lancar dan juga mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Kerjasama semua pihak membolehkan projek ini dilaksanakan dengan berkesan dan memberi manfaat langsung kepada warga polis yang bertugas di sini,” katanya.

Katanya, siapnya projek ini diharap dapat memberi manfaat jangka panjang kepada warga IPD Meradong serta mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur dan kebajikan rakyat di kawasan DUN Meradong.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering; wakil Pejabat Daerah Meradong, Hana Safiya; Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarikei, Aneves Lang dan Pemanca Yii Hee Sieng.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Paras air surut, keadaan di Jalan Wharf kekal terkawal
Next: Wanita warga emas hilang di Pakan ditemui selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.