Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air surut, keadaan di Jalan Wharf kekal terkawal
  • Tengah
  • WILAYAH

Paras air surut, keadaan di Jalan Wharf kekal terkawal

Utusan Sarawak 6 hours ago
RONDAAN pemantauan paras air dijalankan oleh anggota bomba pada tengah malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Pemantauan monsun timur laut (MTL) di kawasan Jalan Wharf mendapati tiada sebarang risiko banjir setakat ini susulan keadaan paras air sungai yang berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pemantauan yang dijalankan pada 12.00 tengah malam tadi melibatkan dua orang anggota bomba bagi menilai keadaan paras air di kawasan berisiko.

“Sepanjang pemantauan dijalankan, anggota bomba mendapati paras air sungai berada dalam keadaan surut.

“Selain itu, ia menunjukkan trend menurun, manakala keadaan di lokasi adalah baik dan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, rondaan pemantauan berkala seperti ini penting sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh MTL, khususnya di kawasan rendah yang dikenal pasti berisiko banjir.

“Semasa rondaan pemantauan dijalankan, cuaca di kawasan tersebut juga berada dalam keadaan baik.

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang pemantauan paras air,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Aktiviti riadah warnai pagi tanpa kenderaan di Padang Merdeka
Next: Projek RTP beri wajah baharu kepada IPD Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.