

KUCHING: Suasana meriah menyelubungi sekitar Padang Merdeka pagi ini apabila orang ramai mengambil kesempatan menyertai Pagi Tanpa Kenderaan Kuching anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).


Pelbagai aktiviti riadah dijalankan termasuk bersenam, aerodance serta berjalan kaki bersama keluarga dan rakan-rakan, sekali gus menghidupkan suasana hujung minggu tanpa kenderaan di kawasan tersebut.
Oleh Adele Rissa