Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Larian Pemerkasaan Wanita 2026 perkukuh pemerkasaan wanita dan komuniti di Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

Larian Pemerkasaan Wanita 2026 perkukuh pemerkasaan wanita dan komuniti di Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia, Faridah Awang mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri sempena program tersebut yang berlangsung di Ruang Legar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), pagi ini.

KUCHING: Program Larian Pemerkasaan Wanita 2026 bukan sekadar acara larian, sebaliknya menjadi platform memperkukuh kesihatan, perpaduan dan pemerkasaan komuniti, khususnya wanita merentas generasi di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, program larian sejauh tiga dan lima kilometer itu membawa mesej jelas bahawa pemerkasaan adalah untuk semua, melibatkan wanita daripada pelbagai peringkat umur, keluarga, peserta kali pertama serta warga emas.

“Setiap langkah yang diambil hari ini adalah satu kenyataan bahawa wanita berhak kepada ruang yang selamat, kehidupan yang sihat serta peluang yang adil untuk berkembang. Apabila wanita maju, komuniti turut berkembang bersama,” katanya.

Ucapan Dato’ Sri Nancy Shukri, telah dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia, Faridah Awang sempena program tersebut yang berlangsung di Ruang Legar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), pagi ini.

WAJAH peserta yang bersemangat merakamkan keterujaan menyertai Larian Pemerkasaan Wanita 2026 di MBKS, pagi ini.

Beliau itu turut menegaskan bahawa pemerkasaan manusia bermula dengan akses kepada kesihatan, sokongan, pengetahuan serta persekitaran yang selamat dan inklusif, selari dengan aspirasi kementerian dalam membina masyarakat sejahtera dan berdaya tahan.

Program anjuran PPSEAWA Sarawak Chapter itu turut menerima sokongan padu pelbagai pihak dan disifatkan sebagai contoh terbaik pemerkasaan komuniti melalui pendekatan kesihatan dan gaya hidup aktif.

Larian Pemerkasaan Wanita 2026 menampilkan pelbagai pengisian termasuk aktiviti pemanasan badan, laluan larian mesra keluarga, stesen hidrasi serta ruang interaksi komuniti yang bertujuan menghubungkan dan menginspirasikan peserta.

Program tersebut secara rasmi diisytiharkan dibuka bagi pihak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan seruan agar masyarakat terus bergerak bersama demi kesihatan, kesatuan dan komuniti yang lebih berdaya maju.

BARISAN penganjur bersama tetamu jemputan bergambar kenangan pada Larian Pemerkasaan Wanita 2026 di MBKS.

Hadir sama ialah Pengerusi PPSEAWA Sarawak Chapter, Dato Munirah Mohd Hassan, Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng, Presiden PPSEAWA Malaysia, Mona Jamaluddin, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan, Datin Amar Baduyah Bujang, serta Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, Datuk Abang Abdul Rauf Abang Zen.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Harden bangga prestasi kontraktor siapkan Projek Rintis SK Batu Lintang tepat masa
Next: Lebih 10 agensi sertai Larian Pemerkasaan Wanita 2026 tanda solidariti pemerkasaan wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.