Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup
  • TEMPATAN

Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup

Utusan Sarawak 16 hours ago
BANJIR di Sarawak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang masih beroperasi, iaitu PPS Balai Raya Sebauh, Bintulu ditutup pada 4.00 petang tadi.

KUCHING: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang masih beroperasi, iaitu PPS Balai Raya Sebauh, Bintulu ditutup pada 4.00 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua 24 mangsa daripada 15 keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas keadaan banjir menunjukkan pemulihan sepenuhnya dan selamat didiami.

Penutupan PPS terakhir itu menandakan semua PPS yang dibuka susulan bencana banjir di negeri berkenaan ditutup secara berperingkat selepas paras air surut dan cuaca bertambah baik.

Menurut JPBN Sarawak, mangsa banjir di PPS Balai Raya Sebauh yang beroperasi sejak 9 Januari lepas dilaporkan berasal dari beberapa kawasan di Bintulu antaranya Taman Tedeum, Kampung Hilir Sebauh, Kampung Hulu Sebauh dan Kampung Pandan.

Banjir di Sarawak dilaporkan bermula sejak 31 Disember lepas susulan hujan lebat berterusan, menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dinaiki air.

-Bernama  

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak teruskan program bantuan bina baru, baik pulih rumah rakyat miskin
Next: Pesta Buah Durian Kampung Sadir tarik pengunjung, durian organik jadi tumpuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.