Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Selepas banjir dan tanah runtuh, Aceh kini berdepan kebakaran hutan
  • KEBAKARAN

Selepas banjir dan tanah runtuh, Aceh kini berdepan kebakaran hutan

Utusan Sarawak 4 weeks ago
KEBAKARAN… Wilayah Aceh di Indonesia kini berdepan satu lagi bencana apabila kebakaran hutan berlaku di beberapa kawasan.

JAKARTA: Selepas dilanda banjir teruk dan tanah runtuh November lepas, wilayah Aceh di Indonesia kini berdepan satu lagi bencana apabila kebakaran hutan berlaku di beberapa kawasan.

Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) memaklumkan kawasan seluas kira-kira 1.5 hektar di Gampong Lapang, Mukim Johan Pahlawan dalam Daerah Aceh Barat terjejas sejak Jumaat dan kebakaran masih berlarutan hingga hari ini.

“Angin kencang dan sumber air yang terletak jauh dari kawasan terjejas menjadi cabaran utama. Setakat ini, pasukan gabungan masih bekerja bertungkus-lumus untuk memadamkan kebakaran,” kata Ketua Data dan Komunikasi BNPB Abdul Muhari dalam kenyataan hari ini.

ASAP tebal dari kebakaran hutan dan ladang menyebabkan penglihatan terganggu di Gampong Lapang, semalam.

Api turut menjilat Wilayah Riau khususnya di Daerah Siak dan Bandar Dumai sejak awal tahun ini, yang telah memusnahkan keseluruhan kawasan seluas 3.25 hektar. 

Sementara itu, kebakaran hutan di Wilayah Kalimantan Tengah yang memusnahkan enam hektar kawasan di Desa Ujung Pandaran, Mukim Teluk Sampit di Daerah Kotawaringin Timur semalam, berjaya dikawal.

-Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Kampung Hulu Sesang, tiada mangsa cedera
Next: Dua maut dalam kebakaran kuarters pekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.