Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua lelaki maut tersepit bawah lori muatan batu di Bukit Mambong
  • KEMALANGAN

Dua lelaki maut tersepit bawah lori muatan batu di Bukit Mambong

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEMALANGAN… Dua lelaki dewasa maut selepas tersepit di bawah lori 10 tan muatan batu dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di kawasan Jalan Kuari, Bukit Mambong, Jalan Mambong, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

SIBURAN: Dua lelaki dewasa maut selepas tersepit di bawah lori 10 tan muatan batu dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di kawasan Jalan Kuari, Bukit Mambong, Jalan Mambong, di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.02 petang. 

Jentera bomba tiba di lokasi pada 2.28 petang dan mendapati kedua-dua mangsa lelaki dewasa tersepit di bawah lori ketika sedang membaiki sistem brek kenderaan berkenaan.

Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

KEMALANGAN… Dua lelaki dewasa maut selepas tersepit di bawah lori 10 tan muatan batu dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di kawasan Jalan Kuari, Bukit Mambong, Jalan Mambong, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Imran Mohamad Sabri, operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit berjaya dilaksanakan dengan bantuan dua jentera jengkaut milik syarikat kuari.

“Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada 4.55 petang manakala mangsa kedua dikeluarkan sembilan minit kemudian, pada 5.04 petang dengan mengangkat bahagian sisi lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan. 

Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua maut, dua cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.