Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Aduan banjir perlu disalur melalui pusat operasi daerah 
  • TEMPATAN

Aduan banjir perlu disalur melalui pusat operasi daerah 

Utusan Sarawak 5 hours ago
RESIDEN Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti berucap pada majlis penyerahan cek MRP bagi DUN Kemena di Bintulu hari ini.

BINTULU: Semua aduan berkaitan kejadian banjir perlu disampaikan melalui pusat operasi bencana di peringkat daerah bagi membolehkan tindakan diambil secara tersusun dan mengikut prosedur ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu merangkap Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti berkata, penggunaan saluran rasmi amat penting bagi memastikan setiap laporan direkodkan serta diselaraskan dengan agensi berkaitan.

Menurut beliau, ketua masyarakat dan ketua kaum berperanan sebagai wakil utama penduduk dalam menyalurkan maklumat kepada urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang diterajui oleh Pegawai Daerah.

“Sebarang laporan mengenai rumah dinaiki air, jalan terputus atau kejadian tanah runtuh perlu disampaikan melalui pusat operasi daerah supaya tindakan susulan dapat dibuat dengan cepat dan berkesan,” katanya.

RESIDEN Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti berucap pada majlis penyerahan cek MRP bagi DUN Kemena di Bintulu hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena di Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu hari ini.

Menurutnya lagi, laporan yang dibuat secara berperingkat dan berpusat akan membantu pihak berkuasa menilai tahap keperluan serta mengutamakan kawasan yang terjejas teruk.

Dalam pada itu, Datu Nyurak menegaskan aspek keselamatan tidak boleh dikompromi, khususnya berkaitan penutupan bekalan elektrik semasa banjir bagi mengelakkan risiko kejadian tidak diingini.

“Penduduk juga perlu menyimpan rekod dan bukti kerosakan yang dialami bagi memudahkan proses penilaian dan bantuan,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak ziarah kubur Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani
Next: Operasi kenderaan komersial tanpa lesen bahayakan keselamatan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.