Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS naik taraf lantai keselamatan taman permainan Taman Kuching 
  • TEMPATAN

MBKS naik taraf lantai keselamatan taman permainan Taman Kuching 

Utusan Sarawak 5 hours ago
SERAH… Dato Wee Hong Seng (dua kiri) menyerahkan tapak projek lantai keselamatan di Taman Kuching kepada kontraktor (tiga kanan), hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah memulakan projek menaik taraf lantai keselamatan taman permainan di Taman Kuching, bagi menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan mesra kanak-kanak.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, berkata projek tersebut diserahkan kepada Era Rafiqa Sdn. Bhd. dengan nilai kontrak sebanyak RM319,200. 

Menurut beliau, projek ini melibatkan penggantian lantai getah lama dengan permukaan baru yang menggunakan granul Getah Stirena-Butadiena (SBR) kitar semula, yang direka untuk menyerap hentakan dan mengurangkan risiko kecederaan. 

DATO Wee Hong Seng menunjukkan granul getah kepada wartawan di tapak projek Taman Kuching. Foto Adele Rissa 

Lapisan atas juga akan disaluti granul berwarna bagi menambah nilai estetika dan ketahanan permukaan.

“Granul SBR ini dihasilkan daripada tayar terpakai yang dikitar semula di Sarawak, menjadikannya produk tempatan yang berkualiti tinggi. 

“Inisiatif ini selaras dengan usaha MBKS dalam menggalakkan kitar semula dan mengurangkan sisa pelupusan,” katanya ketika ditemui wartawan pada majlis penyerahan tapak projek di sini, hari ini. 

Dato Wee menambah bahawa kerja menaik taraf ini selaras dengan inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) MBKS dan usaha menjadikan Kuching sebuah bandar inklusif serta mesra semua generasi. 

TAMAN permainan Taman Kuching sedang dinaik taraf, dijangka siap 21 Februari 2026. Foto Adele Rissa 

Menurut beliau, projek ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan kanak-kanak ketika bermain, malah turut memastikan ruang awam lebih selesa untuk keluarga dan warga emas.

Beliau juga mengingatkan bahawa sepanjang tempoh kerja, semua fasiliti taman permainan di Taman Kuching akan ditutup sementara demi keselamatan orang ramai, dan MBKS memohon kerjasama serta pemahaman daripada masyarakat.

“Apabila siap kelak, lantai keselamatan baru ini akan menjadi ruang rekreasi yang lebih selamat, menarik dan bertanggungjawab dari segi alam sekitar, sekali gus menyokong aspirasi MBKS dalam membangunkan bandar hijau yang selamat dan mesra kanak-kanak,” katanya.

Kerja-kerja telah bermula pada 22 Disember 2025 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 21 Februari 2026.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Trend pemindahan mangsa banjir di Sarawak menurun, tiga PPS masih beroperasi
Next: Gangguan bekalan air tidak berjadual di Asajaya hingga awal pagi esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.