Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kajian keperluan UPSR, PT3 dijangka siap tahun ini – Fadhlina
  • PENDIDIKAN

Kajian keperluan UPSR, PT3 dijangka siap tahun ini – Fadhlina

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Pendidikan, Datuk Fadhlina Sidek (dua, kanan), ditemui media selepas Program Kurikulum Prasekolah 2026 dan Kurikulum Prasekolah 2026 (Pendidikan Khas) yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, di SK Putrajaya Presint 9(1) hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kajian mengenai keperluan memperkenalkan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka siap dalam tahun ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata kajian tersebut akan dilaksanakan segera selepas proses lantikan ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) selesai.

“MPPK ini dalam proses pelantikan. Dari segi persiapan sebagaimana arahan saya, kita sudah bersedia. 

“Cuma menunggu mereka (ahli MPPK) dilantik dan kemudian kita akan selesaikan (kajian) dalam tahun ini juga, sesegera mungkin,” katanya kepada pemberita selepas Program PAKAT Prasekolah dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (1) di sini hari ini.

UPSR dimansuhkan pada 2021 manakala PT3  dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Fadhlina berkata kajian berkenaan dilaksanakan kerana kerajaan mengambil maklum permintaan serta pandangan ibu bapa dan warga pendidik berhubung keperluan kedua-dua ujian itu. 

Beliau berkata pihaknya menerima maklum balas daripada pelbagai pihak, justeru, mendorong kerajaan untuk meneliti semula sebelum membuat  keputusan penting berkaitan dasar pendidikan negara.

“Saya ingat tidak ada masalah pun untuk kita kaji kerana ada permintaan. Ini menandakan kerajaan mendengar bila ada permintaan dan kita ambil pendekatan untuk lihat dan kaji bersama sebelum kita buat keputusan penting,” katanya.

Sementara itu, mengenai pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Fadhlina berkata kementerian menyasarkan proses itu diselesaikan dalam minggu ini, namun memberi sedikit kelonggaran kepada sekolah-sekolah tertentu.

“Kita sebenarnya harap dapat selesaikan dalam minggu ini juga, tetapi kita bagi masa lebih sedikit kerana ada sekolah di pendalaman dan yang mempunyai ramai pelajar mungkin memerlukan masa sedikit untuk diuruskan,” katanya sambil menambah bahawa pengagihan BAP di seluruh negara setakat ini berjalan lancar. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih 1,500 murid terima manfaat program kembali ke sekolah edisi ke-15

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.