Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JPJ Sarawak laksana tiga Ops Khas, pemandu warga asing ditahan
  • JENAYAH

JPJ Sarawak laksana tiga Ops Khas, pemandu warga asing ditahan

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menjalankan pemeriksaan kenderaan sempena Ops PEWA, Ops Khas Institut Memandu (OKIM) dan Ops Khas Kembali Ke Sekolah (BTS) di sekitar Kuching dan Samarahan, semalam. Foto JPJ Kuching.

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Operasi JPJ Kuching dengan kerjasama Tim Delta dan Tim Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) telah melaksanakan Ops Pemandu Warga Asing (PEWA), Ops Khas Institut Memandu (OKIM) serta Ops Khas Kembali Ke Sekolah (BTS) di sekitar bandar raya ini dan Samarahan, semalam.

Dalam Ops PEWA, seorang warga Indonesia telah ditahan kerana memandu kenderaan perdagangan tanpa lesen memandu yang sah selain tidak memiliki lesen vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam Barangan (GDL), tiada cukai jalan serta perlindungan insurans.

Menurut JPJ Sarawak, tindakan saman dan sita kenderaan telah diambil terhadap individu terbabit mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Sementara itu, menerusi Ops OKIM yang dijalankan ke atas institut memandu, sebanyak 17 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melibatkan aspek teknikal kenderaan mengajar dan ujian memandu.

Bagi Ops Khas BTS pula, operasi memberi tumpuan kepada pemeriksaan serta advokasi keselamatan melibatkan bas dan van sekolah, dengan tujuh notis dikeluarkan atas kesalahan teknikal kenderaan.

JPJ Sarawak menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan dan berfokus bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa dipertingkatkan.

Usaha berkenaan, menurutnya, adalah bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan semua pengguna jalan raya, khususnya pelajar sekolah menjelang sesi persekolahan.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Ops Harian JPJ Serian periksa 120 kenderaan di beberapa jalan utama
Next: Tiga tangkapan kes dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.