LAWAS: Rakyat tidak perlu terpedaya dengan mainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen Malaysia.
Menurut Setiausaha Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Ba’kelalan, Steve Lius menyatakan demikian ketika dihubungi media.
Beliau yang juga Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia II Dato Henry Sum Agong menjelaskan bahawa pihak Pakatan Harapan sememangnya meneruskan usaha untuk menumbangkan Perajaan Persekutuan pimpinan Perikatan Nasional(PN) dibawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun demikian Steve menjelaskan, GPS telahpun sebulat suara menolak sebarang pakatan dengan PH seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung GPS dan Parti PBB Datuk Alexander Nanta Linggi.
Selain itu, ketiadaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang kini berehat atas faktor kesihatan juga tidak memungkinkan Anwar untuk mengadap bagi menubuh kerajaan baru.
Tindakan ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan dilihat sebagai permainan tidak matang dalam politik.
Oleh itu, rakyat di Lawas perlu tenang dan adalah penting untuk mereka mendapatkan berita sahih daripada media tempatan dan nasional.
“Harap kita tidak mudah terpedaya dengan berita yang diviral dalam facebook, instagram atau tweeter tanpa mendapat maklumat sahih,” ujarnya.
Steve yakin bahawa kerajaan PN masih kukuh dibawah pimpinan Muhyiddin khususnya daripada GPS.
Beliau kemudiaanya enggan menyentuh lanjut pendirian rakan daripada parti UMNO yang dikatakan menyokong Anwar Ibrahim.
“Kita jaga Sarawak dan masalah di semenanjung itu kita pantau sebelum sebarang keputusan dibuat oleh kepimpinan Sarawak.
Ini kerana sebarang keputusan pastinya menjurus kepada keutamaan kepada Sarawak dan rakyatnya,” tambahnya.