Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PDRM mantapkan keselamatan murid hari pertama persekolahan di SMK Lubok Antu
  • Tengah
  • WILAYAH

PDRM mantapkan keselamatan murid hari pertama persekolahan di SMK Lubok Antu

Utusan Sarawak 8 hours ago
PROGRAM Hari Pertama Persekolahan yang diadakan di SMK Lubok Antu, pagi semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin bersama pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu hadir ke Program Hari Pertama Persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu, pagi semalam.

Kehadiran beliau sebagai Ketua Polis Daerah membuktikan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa mengambil berat serta menyokong sektor pendidikan, khususnya dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan murid sejak hari pertama sesi persekolahan 2026.

Program tersebut diadakan bagi menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah selain memberi pendedahan awal berkaitan aspek keselamatan, disiplin dan tanggungjawab sosial dalam kalangan murid serta warga sekolah.

DSP Pricha Azin menegaskan kepentingan kerjasama berterusan antara pihak polis, pihak sekolah dan ibu bapa dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman jenayah.

Beliau turut menyatakan bahawa program seumpama ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan murid, malah berperanan mengeratkan hubungan strategik antara PDRM, institusi pendidikan dan komuniti setempat.

Selain itu, Pengetua SMK Lubok Antu, Tracy Britin bersama Penolong Kanan Pentadbiran, Philip Galang, Ketua-ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Perhubungan Sekolah dan barisan guru SMK Lubok Antu turut memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan program tersebut.

Program Hari Pertama Persekolahan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya sekolah yang selamat dan berdisiplin, sekali gus menyokong usaha melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab terhadap diri serta masyarakat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu (Sektor Pembangunan Murid), Tubau Limbai serta Penolong PPD Lubok Antu, Dismond Entebang Lumang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pertandingan Sepak Takraw Piala DUN N.52 Dudong dibuka untuk penyertaan
Next: RM402,000 disalurkan bantu Tabika, Taska KEMAS dan PIBG di Parlimen Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.