Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 60 pek bantuan makanan dihantar ke Kampung Melayu Sebauh
  • Utara
  • WILAYAH

60 pek bantuan makanan dihantar ke Kampung Melayu Sebauh

Utusan Sarawak 8 hours ago
 ANGGOTA BBP Bintulu memunggah dan menghantar 60 pek bantuan makanan menggunakan bot ke Kampung Melayu, Labang Sebauh yang terputus hubungan jalan akibat banjir.

BINTULU: Sebanyak 60 pek bantuan makanan dengan berat 1,020 kilogram telah dihantar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Melayu, Labang Sebauh di sini, hari ini.

Menurut jurucakap JBPM Sarawak, penghantaran bantuan berkenaan dilaksanakan pada 11.00 pagi sebagai sebahagian daripada operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di kawasan Sebauh.

Bantuan makanan tersebut dihantar bermula dari Jeti Sebauh ke kawasan terputus jalan akibat banjir menggunakan sebuah bot.

Operasi penghantaran melibatkan seramai tujuh anggota BBP Bintulu dengan PBK I Eric Wilson bertindak sebagai Komander Operasi.

JBPM Sarawak memaklumkan, operasi penghantaran bantuan akan diteruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa di kawasan terjejas.

Usaha berterusan itu bertujuan memastikan kebajikan mangsa banjir sentiasa diberi perhatian serta bantuan dapat disalurkan dengan selamat dan berkesan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Bomba hantar 56 pek bantuan makanan kepada mangsa banjir di Nanga Buan
Next: Kerja naik taraf gelanggang bola keranjang Taman Bumiko capai 70 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.