Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba berjaya musnahkan sarang tebuan di bumbung rumah
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba berjaya musnahkan sarang tebuan di bumbung rumah

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba memusnahkan sarang tebuan di atas bumbung rumah. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Operasi khidmat khas pihak bomba berjaya menghapuskan ancaman tebuan selepas sarang serangga itu dikesan di atas bumbung sebuah rumah di Batu 7.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.20 petang semalam.

“Sepasukan bomba yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

SARANG tebuan berjaya dimusnahkan oleh anggota bomba. Foto BBP Bintangor

“Setibanya di lokasi, didapati sarang tebuan berada di bahagian atas bumbung rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, anggota bomba memakai pakaian pelindung diri (PPE) sebelum memusnahkan sarang tebuan.

“Tindakan operasi dijalankan menggunakan semburan racun serangga bagi memusnahkan sarang tebuan secara selamat dan terkawal.

“Khidmat khas memusnahkan sarang tebuan selesai sepenuhnya pada 7.43 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kejadian banjir berulang Ulu Sebauh perlu pendekatan jangka panjang
Next: Rondaan BBP Sarikei pantau trend air surut di Terminal Ekspres I, Jalan Repok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.