Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hasil negeri 2025 cecah RM13.5 bilion
  • TEMPATAN

Hasil negeri 2025 cecah RM13.5 bilion

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Bas Sekolah Percuma dan Kelas Pintar di SJK Chung Hua No. 6, di Kuching, hari ini.

KUCHING: Hasil sebenar negeri Sarawak bagi 2025 mencatatkan peningkatan apabila mencecah RM13.5 bilion, berbanding anggaran awal RM13.01 bilion yang dibentangkan dalam Belanjawan negeri sebelum ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata angka tersebut merupakan hasil sebenar selepas akaun kewangan ditutup sepenuhnya bagi tahun berkenaan

“RM13.5 bilion, ya. Dalam bajet dulu saya sebut RM13.01 bilion sebagai jangkaan hasil. Tetapi apabila akaun ditutup, ada tambahan lagi sehingga menjadi RM13.5 bilion. Alhamdulillah dan terima kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Bas Sekolah Percuma dan Kelas Pintar di SJK Chung Hua No. 6, di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, peningkatan hasil negeri itu mencerminkan pengurusan kewangan yang berhemah serta prestasi ekonomi Sarawak yang terus menunjukkan perkembangan positif.

Selain itu, kestabilan politik negeri menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejayaan tersebut kata Abang Johari.

“Kalau Sarawak kucar-kacir, isu kecil-kecilan dibesarkan, kita tidak dapat capai kejayaan ini, nak berikan bas percuma pun tak mampu kalau tidak stabil,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: 28 sekolah di Sarawak tidak beroperasi akibat banjir
Next: Esok berlangsung Dialog Awam 9 Tahun bersama Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.