Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala FA: United tersingkir, Martinelli ledak hatrik untuk Arsenal
  • SUKAN

Piala FA: United tersingkir, Martinelli ledak hatrik untuk Arsenal

Utusan Sarawak 5 hours ago

Danny Welbeck menghukum bekas kelabnya apabila membantu Brighton menyingkirkan Manchester United dalam aksi Piala FA di Old Trafford. Foto AFP

MANCHESTER: Manchester United terus dibelenggu kekecewaan apabila tersingkir daripada Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Brighton di Old Trafford, sekali gus menamatkan peluang terakhir mereka meraih trofi musim ini.

Pengendali interim, Darren Fletcher hanya mampu melihat pasukannya tersungkur di laman sendiri ketika tekanan terhadap kepimpinan kelab semakin memuncak, termasuk bantahan penyokong terhadap pemilik bersama, keluarga Glazer dan Jim Ratcliffe.

Brighton membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi Brajan Gruda hasil hantaran bekas pemain United, Danny Welbeck, sebelum penyerang itu sendiri menghukum bekas kelabnya dengan rembatan padu ke penjuru atas gol pada babak kedua.

United hanya merapatkan jurang menerusi tandukan lewat Benjamin Sesko, namun kad merah kepada remaja Shea Lacey pada masa kecederaan menutup tirai petang malang buat tuan rumah.

Kekalahan itu menyaksikan United hanya akan mengharungi 40 perlawanan musim ini, jumlah terendah sejak 1915.

“Saya rasa jelas pemain agak rapuh, tetapi mereka perlu bangkit. Pasukan ini masih cukup bagus untuk berjaya, namun perlu bekerja lebih keras,” kata Fletcher.

Martinelli buktikan karakter

Dalam satu lagi aksi, Gabriel Martinelli membuktikan keampuhan Arsenal apabila meledak hatrik untuk membantu pasukan itu menewaskan Portsmouth 4-1 di Fratton Park, sekali gus mara ke pusingan keempat Piala FA.

Gabriel Martinelli meraikan hatrik selepas memimpin Arsenal menewaskan Portsmouth 4-1 untuk mara ke pusingan seterusnya Piala FA. Foto AFP

Portsmouth terlebih dahulu mengejutkan Arsenal menerusi jaringan awal Colby Bishop pada minit ketiga, namun kelebihan itu hanya bertahan lima minit sebelum gol sendiri Andre Dozzell menyamakan kedudukan.

Martinelli kemudian mencuri tumpuan dengan tiga jaringan, dibantu kreativiti Gabriel Jesus, walaupun sebelum itu Noni Madueke gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mempertahankan pemain Brazil itu susulan kontroversi melibatkan pertahanan Liverpool, Conor Bradley.

“Untuk bermain di kelab besar, anda perlukan personaliti besar. Apa yang penting ialah bangkit dan buktikan di atas padang,” kata Arteta.

West Ham lega, Leeds bangkit

West Ham meredakan tekanan apabila menewaskan QPR 2-1 selepas masa tambahan, dengan penyerang baharu, Taty Castellanos menjaringkan gol kemenangan pertamanya buat kelab itu.

Taty Castellanos meraikan jaringan sulungnya bersama West Ham ketika menewaskan QPR dalam aksi Piala FA. Foto AFP

Leeds United pula bangkit pada babak kedua untuk menewaskan Derby County 3-1, manakala Mansfield mencipta kejutan menyingkirkan Sheffield United 4-3.

Leeds United bangkit pada babak kedua untuk menewaskan Derby County 3-1 dan mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya. Foto AFP

Norwich, Hull dan West Brom turut mengesahkan kemaraan ke pusingan 32 terbaik. – AFP

Continue Reading

Previous: Bradley, bek kanan Liverpool tersisih hingga akhir musim akibat kecederaan lutut ‘serius’
Next: Terbuka Malaysia: Tekanan saat kritikal halang Aaron-Wooi Yik – Rexy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.