Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bradley, bek kanan Liverpool tersisih hingga akhir musim akibat kecederaan lutut ‘serius’
  • SUKAN

Bradley, bek kanan Liverpool tersisih hingga akhir musim akibat kecederaan lutut ‘serius’

Utusan Sarawak 12 hours ago

LIVERPOOL: Bek kanan Liverpool, Conor Bradley, dijangka menjalani pembedahan akibat kecederaan lutut serius yang akan menyebabkan beliau terlepas baki musim ini.

Pemain antarabangsa Ireland Utara itu mengalami kecederaan berkenaan pada minit-minit akhir perlawanan seri 0-0 menentang Arsenal pada Khamis.

Penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli, memohon maaf selepas perlawanan kerana cuba menolak Bradley keluar dari padang, setelah tersalah anggap pemain itu cuba melengahkan masa.

“Liverpool FC mengesahkan Conor Bradley mengalami kecederaan lutut yang signifikan,” kata juara England itu dalam satu kenyataan.

“Bradley akan menjalani pembedahan dalam beberapa hari akan datang sebelum memulakan tempoh pemulihan.”

BBC melaporkan kecederaan itu bukan koyakan ligamen anterior cruciate (ACL), namun melibatkan kerosakan pada tulang dan ligamen.

Bradley juga diragui untuk beraksi di Piala Dunia sekiranya Ireland Utara berjaya mengharungi dua perlawanan playoff pada Mac, bermula dengan kunjungan ke Itali.

Kehilangannya merupakan tamparan besar buat kelab dan negara. 

Pemain berusia 22 tahun itu dianggap sebagai pengganti semula jadi kepada Trent Alexander-Arnold di Anfield selepas pemain tersebut berhijrah ke Real Madrid.

Namun, masalah kecederaan mengehadkan impak Bradley musim ini, dengan pengendali Arne Slot sering terpaksa menggunakan pemain tengah Dominik Szoboszlai untuk mengisi posisi bek kanan.

Liverpool masih bersaing dalam tiga kejohanan dan akan memulakan kempen Piala FA mereka dengan perlawanan di laman sendiri menentang Barnsley awal pagi Selasa ini.

Pasukan kendalian Slot kini berada di tangga keempat Liga Perdana Inggeris dan juga berada pada landasan baik untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara. – AFP

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik gagal pecah kemarau 12 tahun di Terbuka Malaysia
Next: Piala FA: United tersingkir, Martinelli ledak hatrik untuk Arsenal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.