Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas terjatuh di jalan raya, Michael Tiang dan orang awam tampil membantu
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga emas terjatuh di jalan raya, Michael Tiang dan orang awam tampil membantu

Utusan Sarawak 15 hours ago
MANGSA…. Mangsa diusung ke dalam ambulan untuk dihantar ke Hospital Sibu. Turut menamani mangsa ialah Tiang dan orang awam. Foto APM Daerah Sibu

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee bersama orang awam menemani seorang lelaki warga emas yang terjatuh di atas jalan raya berhampiran Pusat Perubatan Pakar KPJ Sibu (SSMC), tengah hari tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu, Mej (PA) Mohd Reduan Aini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.57 pagi sebelum mengerahkan sebuah ambulans ke lokasi bersama seorang pegawai dan empat anggota.

“Setibanya di lokasi, penilaian awal mendapati mangsa lelaki warga emas terbaring di atas jalan raya dan ditemani oleh Datuk Michael Tiang serta orang awam,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mangsa mengalami luka di bahagian kepala akibat terjatuh.

“Luka mangsa telah dibalut oleh pemandu Datuk Michael Tiang sebelum diusung masuk ke dalam ambulans untuk dihantar ke Hospital Sibu.

“Mangsa yang ditemani oleh anak lelakinya berada dalam keadaan sedar dan boleh berkomunikasi,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Rumah terkena banjir kembali normal di Senadin dan Kampung Sealine
Next: Banjir Sibu: PPS SMK Bukit Assek mula beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.