Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah terkena banjir kembali normal di Senadin dan Kampung Sealine
  • WILAYAH

Rumah terkena banjir kembali normal di Senadin dan Kampung Sealine

Utusan Sarawak 15 hours ago
PANTAU… Anggota bomba memantau keadaan banjir di sekitar Senadin di Miri hari ini. Foto BBP Lutong

MIRI: Keadaan rumah-rumah yang sebelum ini terjejas akibat banjir di sekitar Senadin dan Kampung Sealine kini kembali normal.

Rondaan Monsun Timur Laut (MTL)  yang dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dari 10.30 pagi hingga 12.20 tengah hari tadi dilaksanakan susulan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan sebelum ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, berkata hasil rondaan MTL yang dijalankan oleh pasukannya dari 10.30 pagi hingga 12.20 tengah hari tadi
mendapati kebanyakan kawasan perumahan yang terjejas telah surut dan berada dalam keadaan terkawal.

PANTAU… Anggota bomba memantau keadaan banjir di sekitar Senadin di Miri hari ini. Foto BBP Lutong

“Cuaca semasa rondaan adalah panas dan mendung di beberapa lokasi dengan hujan renyai-renyai. Terdapat beberapa kawasan yang masih mengalami banjir namun situasinya terkawal dan tidak memerlukan pemindahan penduduk,” katanya hari ini.

Menurut Henry, rondaan tersebut bertujuan memastikan keselamatan penduduk di kawasan mudah banjir serta menilai tahap kesiapsiagaan pasukan bomba sekiranya berlaku perubahan cuaca.

Oleh Liong Chai ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pencarian Chin Shin Fah masih buntu, kehilangan enam hari terus jadi tanda tanya
Next: Warga emas terjatuh di jalan raya, Michael Tiang dan orang awam tampil membantu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.