Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kawasan berisiko banjir di Simunjan dipantau, paras air semakin surut
  • Selatan
  • WILAYAH

Kawasan berisiko banjir di Simunjan dipantau, paras air semakin surut

Utusan Sarawak 18 hours ago
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Simunjan memantau paras air di Kampung Lot Hijrah, Simunjan. Foto Bomba

SIMUNJAN: Trend air di kawasan berisiko banjir di Kampung Lot Hijrah, di sini dilaporkan semakin surut, menurut Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan selepas melakukan rondaan pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Wan Hossein Wan Zain berkata, rondaan dilakukan oleh lapan anggota menggunakan sebuah jentera LFRT Atego bagi memantau keadaan semasa Monsun Timur Laut (MTL).

“Sepanjang rondaan, kami mendapati trend air semakin surut. Cuaca ketika pemantauan adalah mendung dan tiada insiden kecemasan dilaporkan,” katanya.

Beliau menasihatkan penduduk di kawasan berisiko banjir agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa paras air sungai melalui pihak berkuasa tempatan.

Continue Reading

Previous: Banjir di SK Nanga Selangau, beberapa struktur bangunan terjejas
Next: Program kemahiran perkasa wanita luar bandar DUN Bukit Saban  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.