Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Kapit, Song dinasihat peka paras air sungai yang meningkat
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk Kapit, Song dinasihat peka paras air sungai yang meningkat

Utusan Sarawak 18 hours ago
PEGAWAI APM memantau paras air sungai di Kapit dan Song susulan hujan berterusan. Foto: APM Daerah Kapit

KAPIT: Penduduk di bahagian ini dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap paras air sungai dan parit yang semakin menaik susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kapit, Kapt (PA) Frankie John Jawan berkata, pemantauan kawasan berisiko banjir yang dijalankan pagi tadi, mendapati keadaan di semua lokasi terlibat masih terkawal dan tiada sebarang insiden kecemasan dilaporkan.

“Pemantauan di Kapit iaitu Rumah (Rh) John Ramba di Sungai Sesibau dan Kampung Baru/Muhibah trend air adalah menaik, manakala di Terminal Penumpang Bot Ekspres Kapit paras air 9.4 meter dan trend air menaik. Semua lokasi pemantauan adalah terkawal dan masih dalam pemantauan,” katanya.

Sementara itu di Song, pemantauan di Kampung Sejiran Sungai Katibas mendapati paras air Sungai Katibas menunjukkan trend menaik dan masih dalam pemantauan.

“Di Terminal Bot Ekspres Song Sungai Rajang pula, paras air Sungai Rajang direkodkan setinggi 7.7 meter dengan trend menaik, manakala di Kampung Alai Sungai Chapi, paras air Sungai Chapi juga didapati meningkat,” ujarnya.

Beliau berkata, semua laluan di lokasi terlibat masih boleh dilalui oleh kenderaan dan pejalan kaki, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan memantau perkembangan paras air semasa,” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Bomba bantu pelajar terperangkap banjir di Serian
Next: Hujan berterusan, jalan utama ke tiga rumah panjang di Selangau dinaiki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.