Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tujuh beg darah dikumpul menerusi Program Derma Darah BBP Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Tujuh beg darah dikumpul menerusi Program Derma Darah BBP Bintangor

Utusan Sarawak 17 hours ago
DERMA DARAH…..Antara yang hadir menderma darah di BBP Bintangor, semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebanyak tujuh beg darah berjaya dikumpul melalui program derma darah anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sarikei semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program bermula pada 8.30 pagi hingga 1.00 petang tersebut dijalankan di BBP Bintangor.

“Seramai lapan penderma hadir untuk menderma darah, namun hanya tujuh layak menderma darah.

“Program ini bertujuan menyemai kesedaran tentang pentingnya menderma darah serta menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.

“Setiap titisan darah amat berharga dan boleh menjadi penyelamat kepada pesakit yang berada dalam situasi kritikal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, penganjuran program derma darah secara berterusan juga mampu memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan anggota bomba di samping mengeratkan hubungan antara pasukan penyelamat dan komuniti setempat.

“Saya amat berterima kasih kepada semua penderma darah yang hadir dan juga pihak Hospital Sarikei atas kerjasama padu menjayakan program ini.

“Saya berharap lebih ramai lagi yang akan tampil untuk menderma darah di program seperti ini pada masa hadapan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: RTP 2025 tingkat keselamatan dan mobiliti komuniti luar bandar
Next: Bomba bantu pelajar terperangkap banjir di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.