Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Palace tersungkur, Macclesfield cipta kejutan terbesar Piala FA
  • SUKAN

Palace tersungkur, Macclesfield cipta kejutan terbesar Piala FA

Utusan Sarawak 1 day ago

Pasukan divisyen keenam, Macclesfield meraikan kejayaan menyingkirkan juara bertahan, Crystal Palace daripada Piala FA. Foto AFP

MACCLESFIELD: Juara bertahan Piala FA, Crystal Palace, menerima tamparan memalukan apabila tersingkir selepas tewas 1-2 kepada pasukan divisyen keenam, Macclesfield, malam tadi.

Kekalahan itu disifatkan sebagai kejutan terbesat dalam sejarah Piala FA, apabila jurang 117 tangga liga berjaya dirapatkan oleh pasukan bukan liga itu.

Kapten Paul Dawson dan Isaac Buckley-Ricketts muncul wira Macclesfield dengan jaringan masing-masing sebelum dan selepas rehat.

Paul Dawson muncul wira apabila pasukan divisyen keenam, Macclesfield, mengejutkan Crystal Palace. Foto AFP

Kelab kecil itu mencipta sejarah hanya lima tahun selepas terpaksa dibubarkan dan ditubuhkan semula pada 2020 akibat masalah hutang.

“Saya langsung tak percaya. Kami tak pernah bayangkan berada di tahap ini,” kata pengurus Macclesfield, John Rooney, adik kepada legenda England, Wayne Rooney.

Macclesfield turut bermain dengan semangat luar biasa selepas kematian penyerang muda mereka, Euan McLeod, 21, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya bulan lalu.

Pengurus Palace, Oliver Glasner, membuat enam pertukaran kesebelasan utama, namun masih menurunkan pemain antarabangsa England seperti Marc Guehi dan Adam Wharton.

Namun, Palace tetap longlai.

“Saya tiada penjelasan dengan apa yang berlaku hari ini,” kata Glasner.

“Kami gagal dalam segala aspek.”

Palace kini tanpa kemenangan dalam sembilan perlawanan semua kejohanan, dengan kelemahan pertahanan sepakan mati terus menghantui.

Dawson membuka jaringan menerusi tandukan hasil sepakan percuma, manakala Buckley-Ricketts menambah derita Palace selepas kekalutan di hadapan gawang.

Gol lewat Yeremy Pino pada minit ke-90 hanya sekadar gol saguhati.

Palace kini tercatat dalam sejarah — bukan sebagai juara, tetapi mangsa kejutan paling memalukan hanya beberapa bulan selepas menewaskan Manchester City di Wembley.

Dalam satu lagi perlawanan, Wolves mara ke pusingan keempat selepas membelasah Shrewsbury 6-1, hasil hatrik Jorgen Strand Larsen. – AFP

Continue Reading

Previous: Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik selangkah tamat kemarau 12 tahun
Next: Semenyo bergaya penampilan sulung ketika Man City benam Exeter 10-1 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.