Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air Sungai Batang Mukah meningkat, keadaan masih terkawal
  • WILAYAH

Paras air Sungai Batang Mukah meningkat, keadaan masih terkawal

Utusan Sarawak 1 day ago
SEKITAR pemantauan air oleh APM Selangau di beberapa kawasan berisiko banjir di persisiran Sungai Batang Mukah, hari ini. Foto APM Selangau

SELANGAU: Paras air Sungai Batang Mukah dilaporkan menunjukkan trend menaik susulan hujan renyai-renyai berterusan sejak awal pagi ini, namun keadaan di kawasan terjejas masih terkawal setakat ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, pemantauan telah dijalankan di beberapa lokasi berisiko sekitar persisiran Sungai Batang Mukah bermula 9.35 pagi hingga 10.35 pagi tadi.

Menurutnya, tinjauan mendapati paras air di Selangau Riverfront meningkat kira-kira satu kaki di atas kawasan riverfront, manakala beberapa kawasan rumah panjang dan penempatan penduduk di Nanga Sebatu, Kampung Keranji Madu, Emperan Ubah dan Nanga Kalai turut dinaiki air antara satu hingga empat kaki, terutama di jalan dan kawasan rendah.

SEKITAR pemantauan air oleh APM Selangau di beberapa kawasan berisiko banjir di persisiran Sungai Batang Mukah, hari ini. Foto APM Selangau

“Antara lokasi terlibat ialah Rumah Awa di Nanga Sebatu, Rumah Chandu di Kampung Keranji Madu, Rumah Bernadette di Emperan Ubah serta Rumah Nyarapong di Nanga Kalai.

“Walaupun jalan dan kawasan rendah di beberapa lokasi masih ditenggelami air, setakat ini struktur rumah penghuni tidak terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SEKITAR pemantauan air oleh APM Selangau di beberapa kawasan berisiko banjir di persisiran Sungai Batang Mukah, hari ini. Foto APM Selangau

Beliau berkata, hasil pemantauan turut mendapati laluan rendah menuju ke Rumah Nyarapong dan Rumah Awa masih tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan keseluruhan penduduk dan rumah panjang di sekitar tebing Sungai Batang Mukah tidak terjejas dan situasi masih berada dalam keadaan terkawal.

Tambahnya, APM Selangau akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk, terutama sekiranya paras air terus meningkat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PPS Dewan Suarah Bintulu aktif, kebajikan mangsa banjir terus dipantau
Next: IPD Saratok perhebat rondaan, paras air di Kabong dan Roban kekal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.