Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera ringan kemalangan di Jalan Batu Niah-Sepupok
  • KEMALANGAN

Dua cedera ringan kemalangan di Jalan Batu Niah-Sepupok

Utusan Sarawak 1 day ago
KEADAAN kemalangan yang membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta sedan di Jalan Batu Niah–Sepupok, Kampung Bukit Bom, pagi tadi. Foto BBP Batu Niah

BATU NIAH: Dua individu cedera ringan dalam satu kejadian kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta sedan di Jalan Batu Niah–Sepupok, Kampung Bukit Bom, pagi tadi.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada 8.15 pagi sebelum jentera digerakkan ke lokasi.

ANGGOTA bomba ketika melakukan kerja menyelamat mangsa pada kejadian kemalangan di Jalan Batu Niah–Sepupok, Kampung Bukit Bom, pagi tadi. Foto BBP Batu Niah

Pemandu SUV, seorang lelaki berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan, manakala pemandu kereta sedan, juga lelaki berusia 54 yang cedera ringan dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

Seorang wanita (penumpang) hadapan kereta sedan berusia 51 tersepit dan berjaya diselamatkan anggota bomba menggunakan peralatan khas sebelum kedua-dua mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

Oleh Adum Liu

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Runtuhan tanah di Jalan Ulu Mukah, laluan terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.