Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 27 keluarga dipindahkan ke PPS SK Bukit Arip akibat banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

27 keluarga dipindahkan ke PPS SK Bukit Arip akibat banjir

Utusan Sarawak 1 day ago
SERAMAI 27 keluarga dari Rumah Janting, Sungai Arip dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Arip hari ini. Foto PDRM

SELANGAU: Seramai 27 keluarga dari Rumah Janting, Sungai Arip di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Arip berikutan banjir akibat hujan berterusan sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, operasi pemindahan dijalankan pada 1.00 petang tadi selepas paras air sungai meningkat dan melimpah ke kawasan rumah panjang penduduk.

“Paras air yang naik akibat hujan berpanjangan menyebabkan ruai dan bilik rumah panjang dimasuki air sedalam kira-kira dua kaki, sekali gus menjejaskan keselamatan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Rumah Janting mempunyai 27 Ketua Isi Rumah (KIR) dengan jumlah keseluruhan penduduk seramai 142 orang.

SERAMAI 27 keluarga dari Rumah Janting, Sungai Arip dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Arip hari ini. Foto PDRM

Menurutnya, operasi pemindahan dijalankan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau.

Dalam pada itu, Muhamad Rizal menasihatkan penduduk yang terjejas supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengutamakan keselamatan diri sepanjang berada di PPS.

“Penduduk juga diingatkan supaya membawa bersama dokumen penting serta barangan berharga seperti wang tunai dan barang kemas,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis akan terus menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan operasi pemindahan dan keselamatan mangsa banjir berjalan lancar.

Sementara itu, PPS SK Bukit Arip Selangau mula beroperasi pada 12.00 tengah hari ini bagi menempatkan mangsa banjir.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM pantau kawasan berisiko banjir di SK Nanga Selangau
Next: Lelaki gelandangan ditemui meninggal dunia di stesen pam Jalan Maju Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.