Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau kejadian tanah runtuh di Rumah Edwin, Sungai Sebekai
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba pantau kejadian tanah runtuh di Rumah Edwin, Sungai Sebekai

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA BBP Bintulu menjalankan pemantauan keselamatan di kawasan kejadian tanah runtuh di Rumah Edwin, Sungai Sebekai, Jalan Bakun, Bintulu

BINTULU: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu menjalankan pemantauan keselamatan susulan kejadian tanah runtuh di Rumah Edwin, Sungai Sebekai, Jalan Bakun di sini, hari ini.

Menurut kenyataan BBP Bintulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 11.13 pagi.

“Susulan itu, sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama dua anggota digerakkan ke lokasi kejadian pada 12.40 tengah hari dan tiba pada 1.50 petang,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati berlaku runtuhan tanah dipercayai akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu, melibatkan kawasan kediaman yang mempunyai lapan pintu rumah dengan anggaran 27 penghuni.

Bagaimanapun, katanya, tiada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini memandangkan keadaan masih terkawal dan tidak mendatangkan ancaman segera kepada keselamatan penghuni.

Pasukan bomba turut menjalankan pemantauan menyeluruh di sekitar kawasan terlibat serta menasihati penduduk supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku runtuhan susulan atau perubahan keadaan.

Operasi pemantauan ditamatkan sepenuhnya pada 2.10 petang selepas memastikan situasi selamat dan terkawal sebelum pasukan bomba kembali ke balai.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Penduduk dinasihat berpindah jika kritikal, jawatankuasa bencana Bintulu siap siaga
Next: Paras air meningkat, tiga PPS dibuka di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.