Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Sri Aman tingkat rondaan pantau risiko banjir, penduduk dinasihat waspada
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Sri Aman tingkat rondaan pantau risiko banjir, penduduk dinasihat waspada

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA APM Sri Aman bersama beberapa agensi lain telah melaksanakan rondaan pemantauan di beberapa lokasi berisiko bencana banjir hari ini. Foto: APM Sri Aman

SIMANGGANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman telah melaksanakan rondaan pemantauan di beberapa lokasi berisiko bencana banjir hari ini bagi memastikan tahap keselamatan penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata, rondaan tersebut dijalankan oleh Pasukan Pemantauan Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Sri Aman bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Menurut beliau, pasukan pemantauan terdiri daripada empat anggota APM yang diketuai oleh Koperal Muhammad Zulkarnie, dibantu Koperal Firdaus Malim, Lans Koperal Thomson dan PBT Emily Tingga.

“Rondaan ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta wakil Pejabat Daerah Pantu bagi memperkukuh kesiapsiagaan di lapangan,” katanya.

Beliau berkata, pasukan rondaan turut dilengkapi dengan peralatan dan logistik penting antaranya unit penyukat air, jaket keselamatan, baju hujan, kasut but getah serta sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Lokasi pemantauan pertama melibatkan Kampung Munggu Ubah pada 10.42 pagi dengan keadaan cuaca mendung, di mana paras air direkodkan setinggi satu kaki dan didapati meningkat secara perlahan namun masih dalam keadaan terkawal.

Seramai dua penghuni direkodkan di lokasi berkenaan dengan Ketua Isi Rumah (KIR), Azrul Julum Serit.

Rondaan seterusnya di Kampung Rapak Tekalong pada 1.00 petang mendapati keadaan cuaca baik dengan paras air menunjukkan trend surut serta tiada sebarang kejadian bencana dilaporkan.

Tiga KIR direkodkan iaitu Normin Mudin, Marychee Mudin dan Akin Esek dengan jumlah keseluruhan 13 penghuni.

Sepanjang rondaan, pasukan pemantauan turut menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dan peka terhadap sebarang perubahan paras air sungai serta keadaan persekitaran.

“Secara keseluruhan, tiada kejadian bencana atau kecemasan dilaporkan dan semua anggota berada dalam keadaan selamat dengan logistik berada pada tahap siap siaga,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya segera melaporkan sebarang kecemasan melalui talian MERS 999 atau Hotline Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Bomba bantu alih kelengkapan rumah mangsa banjir kilat di Miri
Next: Belanja lebih RM1,000 untuk keperluan sekolah lima anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.