Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • APM Sibu selamatkan lelaki terperangkap banjir di Batu 7 Jalan Ulu Oya
  • TEMPATAN

APM Sibu selamatkan lelaki terperangkap banjir di Batu 7 Jalan Ulu Oya

Utusan Sarawak 1 day ago
APM….Menyelamatkan seorang lelaki selepas kediamannya di Batu 7, Blok II, Jalan Ulu Oya dinaiki air sedalam 1.30 meter akibat hujan berterusan, petang tadi.

SIBU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu menyelamatkan seorang lelaki selepas kediamannya di Batu 7, Blok II, Jalan Ulu Oya dinaiki air sedalam 1.30 meter, petang tadi.

Pegawai APM Daerah Sibu, Mej (PA) Mohd Reduan Aini berkata, hujan lebat yang berterusan menyebabkan kawasan sekitar rumah serta bahagian dalam kediaman mangsa ditenggelami air.

“Mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan seterusnya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Jeriah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pemantauan di kawasan berisiko banjir dijalankan melibatkan seorang pegawai dan empat anggota APM, bersama seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan tujuh anggota.

“Semasa pemantauan dijalankan, keadaan cuaca dilaporkan hujan dengan status air pasang, dan kawasan yang ditinjau didapati dinaiki air,” jelasnya.

APM akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Treler sawit terbalik, Jalan Sri Aman-Simunjan terhalang
Next: Hujan berterusan cetus banjir di Simunjan dan Kuching, PPS dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.