Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tabung Baitulmal Sarawak ceriakan Program Kembali ke Sekolah anak asnaf di Lawas
  • WILAYAH

Tabung Baitulmal Sarawak ceriakan Program Kembali ke Sekolah anak asnaf di Lawas

Utusan Sarawak 1 day ago
TERIMA KASIH TBS… Ketua Bahagian TBS Bahagian Limbang, Nor Nadiah Abasmenyampaikan sumbangan barangan keperluan sekolah kepada anak-anak asnaf di Lawas.

LAWAS: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) terus menyantuni golongan asnaf bagi memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan dalam memasuki alam persekolahan bagi sesi tahun ini.

Sehubungan itu, TBS dengan kerjasama Yayasan Kepimpinan Al-Bait (YKAB) telah menganjurkan Program Kembali ke Sekolah dan Jelajah YKABarber (perkhidmatan menggunting rambut) untuk anak-anak asnaf, bertempat di Dewan Hikmah Lawas.

Program Kembali ke Sekolah ini merupakan satu inisiatif yang memanifestasikan ekosistem bantuan TBS melalui alumni Akademi Latihan Insan (ALI) yang telah mengikuti kursus kemahiran menggunting rambut. Program ini telah dilaksanakan di seluruh Sarawak melalui semua pejabat bahagian TBS.

GUNTING RAMBUT… Program Kembali Ke Sekolah TBS turut diadakan mengunting rambut percuma kepada anak-anak asnaf yang akan ke sekolah minggu depan.  

Pada program tersebut, Ketua Bahagian TBS Bahagian Limbang, Nor Nadiah Abas telah menyampaikan agihan berupa beg dan kelengkapan sekolah kepada 40 anak-anak asnaf bagi meringankan beban persiapan menghadapi sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Selain itu, beberapa aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan program tersebut, antaranya pertandingan mewarna, sukaneka dan senam kesihatan.

Setakat Disember lepas, TBS telah mengagihkan sejumlah RM140.6 juta kepada golongan asnaf yang layak melalui empat program utama, iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir di Sibu: Enam mangsa ditempatkan di PPS Dewan Kampung Jeriah
Next: Residen Bahagian Sibu tinjau mangsa banjir di PPS Kampung Jeriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.