Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Keperluan PT3, UPSR dikaji semula – Fadhlina
  • PENDIDIKAN

Keperluan PT3, UPSR dikaji semula – Fadhlina

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Kementerian Pendidikan hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dapatan majlis tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Beliau berkata kajian semula itu mengambil kira permintaan ibu bapa yang masih mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula.

“Laporan kaji selidik dan sebarang dapatan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diputuskan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kementerian itu, di sini hari ini.

Fadhlina berkata kajian tersebut akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3  dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.- Bernama

Continue Reading

Previous: SK Sebemban siap sepenuhnya, komitmen kerajaan Sarawak sedia prasarana pendidikan berkualiti
Next: Bantuan Awal Persekolahan akan diagihkan lebih awal mulai tahun depan – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.