Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Ikan Buntal 2026 disasar dianjur antara Jun atau Julai   
  • Tengah
  • WILAYAH

Pesta Ikan Buntal 2026 disasar dianjur antara Jun atau Julai   

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Mohammad Razi Sitam semasa mempengerusikan Mesyuarat Siri Pertama penganjuran Pesta Ikan Buntal 2026 yang berlangsung di Pejabat Daerah Kecil Spaoh, hari ini. Foto: Abgsem Saribas

SPAOH: Pesta Ikan Buntal 2026 di Batang Saribas dicadangkan berlangsung antara Jun hingga Julai ini, bertepatan dengan kemuncak musim ikan buntal sungai yang menjadi tarikan utama acara berprestij itu, khususnya spesies ‘yellow puffer fish’.

Cadangan tarikh berkenaan dicapai hasil Mesyuarat Siri Pertama penganjuran pesta tersebut yang berlangsung di Pejabat Daerah Kecil Spaoh, hari ini, dengan mengambil kira pandangan nelayan tempatan serta faktor keselamatan dan logistik.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, pemilihan Jun dan Julai dibuat berdasarkan kitaran semula jadi ikan buntal di Batang Saribas, yang dianggap tempoh terbaik untuk penganjuran pesta berskala besar.

“Pada April, ikan mula muncul namun bilangannya masih kecil. Jun hingga Julai pula adalah tempoh ‘lubuk’, di mana populasi ikan buntal berada pada tahap paling baik,” katanya.

Menurut Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, tarikh muktamad penganjuran akan diputuskan selepas mengambil kira keadaan cuaca, arus sungai serta aspek keselamatan pengunjung dan peserta, bagi memastikan semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

Lebih menarik, Pesta Ikan Buntal 2026 bukan sekadar menonjolkan keunikan hasil sungai, malah bakal diserikan dengan pelbagai acara sampingan termasuk regata perahu tradisional, sukan rakyat dan belia, serta persembahan kebudayaan dan kesenian tempatan.

Berpusat di Kampung Manggut, pesta ini disasarkan menjadi pemangkin ekonomi dan pelancongan, bukan sahaja kepada penduduk Saribas, malah melibatkan kawasan Betong dan sekitarnya.

Penganjuran pesta itu juga dijangka mengangkat identiti Batang Saribas sebagai destinasi unik berasaskan khazanah sungai dan budaya tempatan, sekali gus menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: AADK Sibu fokus hala tuju strategik dan perancangan 2026
Next: Misi DUN Kalaka capai liputan 100 peratus bekalan elektrik tahun ini  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.