Buaya masuk reban ayam di Pasar Simanggang

Facebook
WhatsApp
BUAYA berjaya ditangkap selepas dikesan berada di reban ayam berhampiran tandas awam Pasar Simanggang. Foto APM Sri Aman

SIMANGGANG: Kehadiran seekor buaya yang dikesan berada di reban ayam berhampiran tandas awam Pasar Simanggang mencetuskan kebimbangan orang awam, malam ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Wan, sekitar 9.40 malam berhubung kejadian itu.

“Susulan laporan tersebut, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) segera digerakkan ke lokasi menggunakan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, anggota tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian dan mendapati reptilia berkenaan berada di dalam kawasan reban ayam berhampiran pasar, sekali gus berpotensi mengancam keselamatan orang awam.

BUAYA berjaya ditangkap selepas dikesan berada di reban ayam berhampiran tandas awam Pasar Simanggang. Foto APM Sri Aman

Beliau berkata, operasi menangkap buaya itu mengambil masa hampir setengah jam sebelum berjaya dikawal dan ditangkap sepenuhnya oleh anggota APM yang terlibat.

“Operasi tamat sekitar 10.10 malam dan semua anggota kembali ke PKOD dalam keadaan selamat,” katanya.

Kamal turut menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kehadiran haiwan liar di kawasan awam.

Oleh Adi Safarman

Tiga ditahan di Bau selepas positif dadah

BAU: Polis menahan tiga individu selepas mereka didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan