Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Datuk Bandar New York hubungi Trump nyatakan bantahan tangkap Presiden Venezuela
  • GLOBAL

Datuk Bandar New York hubungi Trump nyatakan bantahan tangkap Presiden Venezuela

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Bandar New York, Zohran Mamdani. Foto AFP

WASHINGTON: Datuk Bandar New York Zohran Mamdani, berkata pada Sabtu bahawa beliau telah menghubungi Presiden Donald Trump secara terus bagi menyuarakan bantahan terhadap apa yang disifatkannya sebagai usaha perubahan rejim di Venezuela susulan penangkapan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya dalam satu operasi pada waktu malam.

Bercakap kepada wartawan pada satu sidang media, Mamdani berkata beliau menghubungi presiden untuk menyatakan bantahannya terhadap tindakan berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata bantahan itu berasaskan penentangan terhadap usaha perubahan rejim serta tindakan yang menurutnya melanggar undang-undang persekutuan dan antarabangsa yang seharusnya dipatuhi secara konsisten.

Terdahulu pada hari yang sama, Mamdani menerusi platform media sosial X menyifatkan operasi AS di Venezuela sebagai satu ‘tindakan perang’ dan ‘usaha perubahan rejim secara terang-terangan’

Beliau menulis bahawa beliau telah dimaklumkan pada pagi itu mengenai penangkapan Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya oleh tentera AS, serta perancangan untuk menahan mereka di bawah jagaan persekutuan di Bandar Raya New York.

Mamdani berkata tindakan menyerang sebuah negara berdaulat secara unilateral merupakan satu perbuatan perang dan pelanggaran undang-undang persekutuan serta antarabangsa.

Datuk bandar itu menegaskan bahawa usaha perubahan rejim yang jelas bukan sahaja memberi kesan kepada pihak di luar negara, malah impaknya melangkaui Venezuela dan boleh menjejaskan puluhan ribu warga Venezuela yang menetap di New York.

Beliau berkata fokus utamanya adalah keselamatan mereka serta keselamatan semua penduduk New York, sambil menambah bahawa pentadbirannya akan terus memantau keadaan dan mengeluarkan panduan yang berkaitan.

Kenyataan itu dibuat selepas AS melancarkan serangan berskala besar ke atas Venezuela, dengan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya Cilia Flores dilaporkan ditangkap dan dibawa keluar dari negara itu, sebelum diterbangkan ke Bandar Raya New York untuk menghadapi pertuduhan persekutuan, menurut Presiden Trump.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Pesawat bawa Maduro dari Venezuela mendarat di New York
Next: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 landa timur laut India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.