Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pembangunan DUN Kalaka diperkasa melalui sesi libat urus KMKK
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek pembangunan DUN Kalaka diperkasa melalui sesi libat urus KMKK

Utusan Sarawak 3 days ago
MOHAMAD Duri semasa hadir pada sesi libat urus bersama KMKK bagi kawasan DUN Kalaka yang telah diadakan di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, kelmarin. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Pelaksanaan projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka terus diberi keutamaan menerusi sesi libat urus bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) melibatkan 14 kampung, termasuk tiga kampung di Kupang dan dua kampung di Kaba, yang diadakan di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata sesi tersebut bertujuan membincangkan secara terperinci perancangan dan keperluan projek pembangunan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) serta projek yang diselia oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

“Agenda utama pertemuan ini adalah untuk memastikan setiap projek yang dicadangkan benar-benar memenuhi keperluan rakyat dan memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi serta kemudahan asas di peringkat kampung,” katanya.

Dalam sesi berkenaan, Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Nanga Budu yang mewakili Pegawai Daerah Saratok, Hatta Adenan, turut memberi penerangan terperinci berhubung jenis projek yang dibenarkan dan tidak dibenarkan di bawah RTP selaras dengan garis panduan serta peraturan terkini agensi pelaksana terlibat.

Mohamad Duri berkata, kerjasama erat dalam kalangan KMKK amat penting bagi menyenaraikan keutamaan projek yang mampu menjana ekonomi setempat dan meningkatkan kesejahteraan penduduk.

Beliau turut berkongsi beberapa inisiatif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diperuntukkan dalam Bajet 2026 bagi membantu rakyat Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar.

“KMKK sebagai pemimpin akar umbi perlu terus memainkan peranan sebagai jambatan penghubung antara rakyat dan kerajaan, memastikan projek dilaksanakan dengan lancar serta dasar kerajaan difahami secara berkesan,” katanya.

Tambah beliau, KMKK juga disaran mempertingkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan, meningkatkan akauntabiliti dan melaksanakan tugas dengan penuh integriti sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada semua KMKK di DUN Kalaka atas komitmen berterusan membantu memantau dan menyelaras projek pembangunan serta program demi manfaat rakyat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Jabatan Perikanan Laut Sarawak perkukuh industri akuakultur di Batang Ai
Next: Fenomena air pasang besar, jalan utama Kampung Hulu Mangut dinaiki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.