TEHERAN: Jumlah kematian di Iran akibat jangkitan virus Covid-19 meningkat 24,000, kata menteri kesihatan pada Sabtu dalam pada masa sama mengutuk keingkaran orang awam memakai pelitup muka.
Angka tersebut menunjukkan penggunaan pelitup semakin berkurang dan pada masa sama peningkatan jangkitan juga bertambah dan banyak yang terpaksa menerima rawatan di hospital, kata jurucakapnya.
“Jangan kita alpa dengan situasi sekarang, kita harus mematuhi protokol pemakaian pelitup muka,” katanya lagi.
Sejak Februari lalu, Iran telah bergelut melawan serangan jangkitan Covid-19.
Jangkitan dan kematian semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Jangkitan harian kekal di pada paras 2,000 selama dua minggu terakhir dan hampir mencapai jumlah 3,574 yang dicapai pada awal Jun. – AFP