Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan Sarawak prihatin, perkasa kebajikan wanita DUN Kabong
  • WILAYAH

Kerajaan Sarawak prihatin, perkasa kebajikan wanita DUN Kabong

Utusan Sarawak 4 days ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir semasa hadir pada Program Randau dan Ziarah bersama beberapa Biro Wanita rumah panjang di sekitar kawasan DUN Kabong semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kelulusan peruntukan yang membolehkan pelaksanaan program kebajikan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dilaksanakan secara berterusan.

Beliau berkata, sokongan dan komitmen kerajaan Sarawak amat bermakna dalam memastikan pelbagai inisiatif menyantuni rakyat, khususnya golongan wanita di peringkat akar umbi, dapat direalisasikan demi kesejahteraan komuniti setempat.

Chee Kadir berkata demikian semasa Program Randau dan Ziarah bersama beberapa Biro Wanita rumah panjang di sekitar kawasan DUN Kabong yang berlangsung, dekat sini semalam.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir semasa hadir pada Program Randau dan Ziarah bersama beberapa Biro Wanita rumah panjang di sekitar kawasan DUN Kabong semalam. Foto ADUN Kabong

Program tersebut menyaksikan beliau bersama isteri, Datin Meryani Yassin turun padang menyantuni komuniti wanita bagi mendekati mereka serta mendengar sendiri pandangan, cadangan dan keperluan yang dihadapi di peringkat akar umbi.

Lima Biro Wanita terlibat dalam program berkenaan iaitu Biro Wanita Engkabang; Pertubuhan Wanita Rumah Jalie, Lubuk Pisang; Biro Wanita Sungai Pasir A; Biro Wanita Rumah Kuchon Jabey serta Biro Wanita Rumah Bandang, Sungai Pasir.

Menurut beliau, setiap Biro Wanita telah menerima sumbangan sebanyak RM3,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan serta memperkasa peranan wanita dalam pembangunan sosial dan kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir semasa hadir pada Program Randau dan Ziarah bersama beberapa Biro Wanita rumah panjang di sekitar kawasan DUN Kabong semalam. Foto ADUN Kabong

Chee Kadir berharap agar peruntukan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk kebajikan ahli-ahli biro serta penganjuran program yang memberi manfaat berterusan kepada komuniti setempat.

Beliau turut menegaskan bahawa penglibatan aktif wanita dalam aktiviti kemasyarakatan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial yang lebih inklusif dan mampan di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas keprihatinan dan sokongan berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat di DUN Kabong sentiasa terbela melalui pelaksanaan program yang menyentuh keperluan sebenar masyarakat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertandingan Gudi Sauk tertutup Kabong meriahkan sambutan Tahun Baharu 2026
Next: Padang Petanque dan Taman Permainan Awam Saratok bakal dinaik taraf  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.