Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masalah longkang Lorong Tebu 1 disebabkan mendapan tanah
  • Tengah
  • WILAYAH

Masalah longkang Lorong Tebu 1 disebabkan mendapan tanah

Utusan Sarawak 18 hours ago
TERSUMBAT… Masalah longkang tersumbat di Lorong Tebu 1 dikenal pasti berpunca daripada aliran air yang terhalang akibat mendapan tanah hasil pengorekan di kawasan tanah persendirian bersebelahan.

SIBU: Masalah longkang tersumbat di Lorong Tebu 1 dikenal pasti berpunca daripada aliran air yang terhalang akibat mendapan tanah hasil pengorekan di kawasan tanah persendirian bersebelahan.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, hasil lawatan tapak mendapati mendapan tanah tersebut menyebabkan sistem saliran gagal berfungsi dengan baik, sekali gus menghalang aliran air terutama ketika hujan lebat.

“Keadaan ini jika tidak ditangani segera, berpotensi menimbulkan risiko kepada kesihatan awam termasuk pembiakan nyamuk yang boleh membawa penyakit bawaan vektor seperti denggi. 

PETA lokasi Lorong Tebu 1, Jalan Teku, Sibu.

“Selain itu, air bertakung turut boleh menyebabkan bau kurang menyenangkan serta menjejaskan kualiti persekitaran penduduk setempat,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, MPS telah merujuk perkara berkenaan kepada Bahagian Kejuruteraan untuk tindakan lanjut terhadap pemilik tanah terlibat. 

“Notis akan dikeluarkan bagi mengarahkan pemilik tanah mengorek dan membersihkan segala mendapan tanah di dalam perparitan tersebut,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, katanya lagi, pemantauan berkala akan dilaksanakan oleh Bahagian Kesihatan Awam bersama Bahagian Kejuruteraan bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik serta mengelakkan kejadian sama berulang. 

“MPS juga akan memastikan pemilik tanah mematuhi keperluan teknikal yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Terdahulu, Izkandar menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini memberitahu, MPS bertindak segera terhadap maklum balas orang awam dengan menjalankan lawatan tapak berhubung masalah longkang tersumbat di Lorong Tebu 1. 

Menurutnya, isu ini telah dirujuk kepada Bahagian Kejuruteraan MPS untuk tindakan lanjut yang melibatkan pemilik tanah bersebelahan. 

Katanya, Bahagian Kesihatan Awam MPS juga telah memaklumkan secara rasmi kepada Bahagian Kejuruteraan mengenai perkara ini bagi memastikan tindakan susulan yang bersepadu.

“Kami akan terus memantau keadaan ini dan memaklumkan perkembangan kepada orang awam,” ujar beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei laksana rondaan MTL di Sungai Nyelong
Next: Lelaki 28 tahun dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu di Sungai Batang Oya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.