Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kabong zahir komitmen terhadap kebajikan, kesihatan masyarakat
  • WILAYAH

ADUN Kabong zahir komitmen terhadap kebajikan, kesihatan masyarakat

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan isteri pada Program Menyantuni Pesakit dan Penyerahan Perabot Klinik Kesihatan Kabong yang berlangsung di Klinik Kesihatan Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menzahirkan komitmen berterusan terhadap kebajikan dan kesihatan masyarakat setempat menerusi Program Menyantuni Pesakit dan Penyerahan Perabot Klinik Kesihatan Kabong yang berlangsung di Klinik Kesihatan Kabong, semalam.

Beliau hadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin bagi menyantuni pesakit serta menyampaikan sumbangan kepada pihak klinik dan organisasi berkaitan dalam usaha memperkukuh perkhidmatan kesihatan di kawasan berkenaan.

Pada majlis tersebut, Chee Kadir telah menyerahkan cek berjumlah RM10,500 kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kabong bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan yang dirancang untuk manfaat komuniti setempat.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan isteri pada Program Menyantuni Pesakit dan Penyerahan Perabot Klinik Kesihatan Kabong yang berlangsung di Klinik Kesihatan Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

Selain itu, sumbangan berjumlah RM5,000 turut disalurkan kepada Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Kabong bagi tujuan penganjuran program kebajikan yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan golongan warga emas.

Beliau juga menyumbangkan RM10,710 bagi penganjuran Program Jom Berambeh Pakar Perubatan Keluarga Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan.

Program tersebut merupakan anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kabong dengan kerjasama Pakar Perubatan Keluarga Sarawak bagi meningkatkan kesedaran kesihatan serta mendekatkan perkhidmatan perubatan kepada masyarakat.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan isteri pada Program Menyantuni Pesakit dan Penyerahan Perabot Klinik Kesihatan Kabong yang berlangsung di Klinik Kesihatan Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

Dalam pada itu, sebuah mesin nebulizer turut disumbangkan untuk kegunaan Klinik Kesihatan Kabong, khususnya bagi membantu rawatan pesakit yang memerlukan rawatan berkaitan sistem pernafasan.

Chee Kadir berharap agar segala sumbangan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan kesihatan penduduk Kabong.

Selain itu, ia juga menyokong usaha berterusan pihak klinik dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dan berkesan kepada masyarakat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di PPS Trusan meningkat kepada 34 orang
Next: Banjir melanda Beluru dan Telang Usan, paras air terus meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.