Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Op Bersepadu ambang Tahun Baharu 2026 perketat kawalan cegah jenayah
  • JENAYAH

Op Bersepadu ambang Tahun Baharu 2026 perketat kawalan cegah jenayah

Utusan Sarawak 9 hours ago
OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah sempena ambang Tahun Baharu 2026 di kawasan pasar, kampung dan taman perumahan sekitar Kabong, Saratok dan Roban, semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Polis Daerah Saratok melaksanakan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah sempena ambang Tahun Baharu 2026 bagi memastikan keselamatan awam serta mengekang jenayah dan kesalahan lalu lintas di kawasan pentadbirannya.

Operasi yang dijalankan malam kelmarin bermula 9.00 malam hingga 2.00 pagi itu diketuai Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie dengan kekuatan keseluruhan seramai 23 pegawai dan anggota.

Menurut DSP Mathew Manggie, operasi berkenaan memberi tumpuan kepada rondaan dan pemeriksaan mengejut di kawasan pasar, kampung dan taman perumahan sekitar Kabong, Saratok dan Roban yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan orang ramai.

OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah sempena ambang Tahun Baharu 2026 di kawasan pasar, kampung dan taman perumahan sekitar Kabong, Saratok dan Roban, semalam. Foto IPD Saratok

“Operasi ini bertujuan menurunkan kes jenayah indeks khususnya di kawasan titik panas, mempamerkan kehadiran polis secara menyeluruh, selain mengesan individu dikehendaki serta mengurangkan kesalahan lalu lintas, terutamanya melibatkan penunggang motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sepanjang operasi tersebut, polis telah memeriksa seramai 25 individu terdiri daripada 15 lelaki dan 10 perempuan, selain memeriksa 30 kenderaan termasuk 18 motosikal, tujuh kereta serta lima van dan pacuan empat roda.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 12 keping saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” jelasnya.

OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah sempena ambang Tahun Baharu 2026 di kawasan pasar, kampung dan taman perumahan sekitar Kabong, Saratok dan Roban, semalam. Foto IPD Saratok

DSP Mathew menegaskan, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan awal serta bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, khususnya ketika musim perayaan dan sambutan utama.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta bekerjasama dengan pihak polis dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah demi keselamatan bersama.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 13 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baharu 2026
Next: Perolehan projek tentera darat: SPRM kenal pasti individu lain disyaki terlibat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.