Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan ADUN Tamin cerminan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat
  • Tengah
  • WILAYAH

Sumbangan ADUN Tamin cerminan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat

Utusan Sarawak 9 hours ago
CHRISTOPHER Gira Sambang (kiri) ketika menyerahkan sumbangan berbentuk cek kepada Hiew Peggy baru-baru ini. Foto: DUN N.59 Tamin

SIBU: Keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, terhadap kebajikan rakyat terus dizahirkan menerusi penyaluran bantuan kewangan kepada penduduk yang memerlukan di kawasan tersebut.

Seorang penduduk Munggu Balai, Skim Sekuau, Batu 28 Jalan Oya, Hiew Peggy, menyifatkan bantuan kewangan yang diterimanya dalam bentuk cek daripada Gira sebagai amat bermakna dan memberi kelegaan besar kepada keluarganya.

Menurut Hiew, bantuan itu digunakan bagi menampung keperluan pembelian kerusi roda khas untuk anaknya serta bayaran yuran pendaftaran pengajian.

Beliau berkata sumbangan tersebut bukan sahaja meringankan beban kewangan keluarga, malah menjadi dorongan moral dan semangat untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Sokongan dan perhatian yang diberikan amat saya hargai dan mencerminkan komitmen Yang Berhormat dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan di DUN Tamin,” katanya.

Hiew turut mendoakan agar segala jasa baik ADUN Tamin itu mendapat keberkatan serta ganjaran yang sewajarnya, sambil berharap usaha murni sebegini dapat diteruskan demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: RM65 juta diluluskan untuk jalan hubungkan Kampung Sawai
Next: Jumlah mangsa banjir di PPS Trusan meningkat kepada 34 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.