MUKAH: Sebanyak 10 buah kedai runcit di bahagian ini telah dipilih sebagai penanda aras stok barang kawalan dan keperluan asas bagi setiap daerah masing-masing.
Kedai-kedai tersebut dikenali sebagai “Dedicated Retailers-Kedai Runcit Terpilih (DDR)’ oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP).
Ia terdiri daripada di Daerah Mukah (Chai Guan FreshMart, Everwin, Medan Mall, Gafu, Nam Leong), Daerah Daro/Matu Daro(Mini Keluarga Daro, Daro Freshmart), Daerah Dalat(Nam Leong), Tanjung Manis( Family W Gorcer Sdn Bhd),dan Balingian(Sim Swee Balingian).
“Pihak kami telah mengenal pasti dan melantik beberapa kedai runcit utama di Mukah, Daro, Matu, Tanjung Manis, Dalat dan Balingian sebagai penanda aras stok barang kawalan dan keperluan asas bagi setiap daerah di atas sama ada bekalan mencukupi atau sebaliknya,” kata Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah, Salihin Den.
Beliau juga mendedahkan jumlah stok semasa pada 22 April di 10 DDR di Bahagian Mukah, seperti beras (109,022 kg) tepung gandum( 6,205 kg), gula(16,706 kg), minyak masak (30,280 kg), telur (1,827 tray) sardin pelbagai jenis(1,637 kotak), biskut pelbagai jenis(1,921 kotak) , mee pelbagai jenis(5,361 kotak) dan roti bantal(627 bungkus)
Salihin berkata demikian selepas membuat Pemeriksaan Bersama Media Sempena Perintah Kawalan Pergerakan )PKP) fasa 3 di sebuah kedai di Bandar Baharu Mukah di sini, semalam.
“Lawatan pada hari ini (semalam) adalah bertujuan untuk membuat tinjauaan ke atas peniaga sempena pelaksanaan PKP fasa 3 dan menjelang bulan Ramadan. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada rakyat tentang langkah kerajaan yang prihatin dan serius dalam memastikan bekalan barang kawalan dan keperluan asas mudah diperolehi, sentiasa mencukupi dengan harga yang berpatutan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, beliau turut mendedahkan pihaknya telah membongkar 11 kes berikutan pemeriksaan yang dibuat di sebanyak 61 premis perniagaan di bandar dan luar bandar daripada 18 Mac sehingga 22 April.
“Berikutan daripada pemeriksaan tersebut, kami telah membongkar 11 kes dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM2,015.10 serta nilai kompoun RM900,” katanya.
Selain itu, ujarnya lagi, Pejabat Mukah juga telah menerima aduan pengguna sebanyak 15 aduan sepanjang tempoh tersebut.
“Kesemuanya telah selesai disiasat dan membongkar 13 kes yang mana satu tidak berasas dan satu lagi aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia(TTPM),” kata beliau lagi.
Sementara itu, pihaknya sentiasa berada di lapangan untuk meninjau keadaan penutup hidung dan mulut sudah di jual di farmasi tempatan.
“Kami tetap meninjau keadaan dari masa ke semasa, untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Jika didapati terdapat salah laku peniaga serta pengguna berasa hak mereka sebagai pengguna dinafikan, salurkan maklumat kepada kementerian,” kata Salihin lagi.
Sehubungan itu, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui: talian Whatsapp 019-2794317, Pusat Arahan Penguatkuasa (ECC) 03-88826088 / 6245, talian bebas tol 1-800-886-800, aplikasi telefon pintar Ez ADU , emel ke alamat e-aduan@kpdnhep.gov.my, SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNHEP ADUAN ” atau lapor/hadir ke pejabat KPDNHEP Mukah.