Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Rezeki musim tengkujuh, Kedai Kopi Joo Seng tetap dipenuhi pelanggan
  • TEMPATAN

Eksklusif: Rezeki musim tengkujuh, Kedai Kopi Joo Seng tetap dipenuhi pelanggan

Utusan Sarawak 6 hours ago
ORANG ramai pelbagai kaum membanjiri kedai kopi Joo Seng. Foto Masrin Affirah

KUCHING: Musim tengkujuh yang melanda kebelakangan ini tidak mematahkan semangat orang ramai untuk menikmati hidangan di kedai makan apabila tinjauan mendapati beberapa kedai kopi terus menerima kunjungan pelanggan tanpa putus walaupun hujan lebat berterusan.

Antara yang mencuri tumpuan ialah Kedai Kopi Joo Seng, kopitiam lama yang telah beroperasi sejak 1961, milik Loi Choon Kiak yang masih menjadi pilihan masyarakat pelbagai kaum. 

Tinjauan di premis berkenaan mendapati pelanggan terdiri daripada masyarakat Melayu, Iban dan Cina terus memenuhi kedai itu walaupun hujan lebat, khususnya pada waktu pagi dan tengah hari.

KEDAI KOPI… Cucu pemilik kedai, Jayden Foo, 16, bercakap ketika ditemui Utusan Sarawak baru-baru ini. Foto Masrin Affirah

Cucu pemilik kedai, Jayden Foo, 16, berkata hidangan tradisi seperti roti kahwin dan teh tarik yang diwarisi daripada neneknya menjadi tarikan utama pelanggan sejak dahulu, selain menu nasi ayam yang turut mendapat sambutan hangat. 

Menurutnya, warisan keluarga itu terus kekal sebagai pilihan ramai pelanggan setia.

“Walaupun musim tengkujuh dan hujan lebat, pelanggan tetap datang untuk menikmati hidangan kami. 

“Kedai sentiasa penuh dengan suasana meriah, dan itu yang membuatkan kami terus bersemangat meneruskan perniagaan,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, baru-baru ini.

KEDAI KOPI… Loi Choon Kiak, pemilik Kedai Kopi Joo Seng, kelihatan sibuk di kaunter pembayaran sambil melayani pelanggan yang tidak putus-putus hadir walaupun musim tengkujuh. Foto Masrin Affirah

Kedai Kopi Joo Seng beroperasi dari Isnin hingga Sabtu, 6.00 pagi hingga 5.00 petang, manakala Ahad ditutup. 

Kedai tersebut mempunyai dua cawangan, masing-masing di Pending dan Batu Lintang berhadapan Wisma Saberkas.

Fenomena ini menunjukkan rezeki peniaga makanan tetap mengalir walaupun berdepan cuaca buruk, sekali gus mencerminkan peranan kedai kopi sebagai ruang sosial yang menyatukan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AirBorneo lancar penerbangan sulung Kuching–Mukah, Kuching–Tanjung Manis
Next: 10 PPS aktif, 1,196 mangsa banjir dipindahkan di tiga bahagian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.