Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau
  • GLOBAL

Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau

Utusan Sarawak 5 hours ago
BONGKAH ais bergantungan di sepanjang Sungai Han berhampiran Daerah Gwangjin ketika suhu bawah sifar menandakan ketibaan sepenuhnya musim sejuk di Seoul pada 31 Disember 2025. Foto Agensi

SEOUL: Amaran gelombang sejuk dikeluarkan di kebanyakan kawasan negara itu pada Jumaat susulan penurunan mendadak suhu selepas kemasukan udara sejuk dari arah barat laut, menurut agensi meteorologi, lapor Agensi Berita Yonhap.

Amaran itu meliputi kawasan lebih luas di sekitar Seoul, wilayah Gangwon di timur, wilayah Chungcheong Utara di tengah negara serta beberapa kawasan lain, dengan suhu pagi mencecah sekitar negatif  (-) 10 darjah Celsius (C), menurut Pentadbiran Meteorologi Korea.

Setakat jam 5.00 pagi, suhu dicatatkan pada -10.6C di Seoul, -11C di bandar barat Incheon, -13.6C di bandar tengah Chuncheon dan -5.6C di bandar pelabuhan tenggara Busan.

Suhu tertinggi harian diramalkan mencecah antara -5 hingga +4C.

Kawasan pesisir barat, termasuk wilayah Chungcheong Selatan dan Jeolla Utara, dijangka menerima hujan atau salji.

Sehingga Sabtu, wilayah Jeolla secara keseluruhan dijangka menerima salji setebal antara 2 hingga 7 sentimeter (cm), manakala antara 5 hingga 10cm salji diramalkan di pulau selatan Jeju serta pulau timur Ulleung dan Dokdo. – Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: 47 terbunuh, 112 cedera dalam kebakaran bar di Crans-Montana, Switzerland
Next: Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas Presiden Brazil, diarah kembali ke penjara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.