Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS Dewan Masyarakat Trusan dibuka, 16 mangsa banjir dipindahkan
  • Utara
  • WILAYAH

PPS Dewan Masyarakat Trusan dibuka, 16 mangsa banjir dipindahkan

Utusan Sarawak 7 hours ago
BUKA PPS… Anggota APM merekod nama mangsa yang dipindahkan di Dewan Masyarakat Trusan.

LAWAS: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Trusan dibuka malam tadi bagi menempatkan 16 mangsa banjir, termasuk seorang bayi, dari Kampung Siang-Siang, Lawas.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata PPS itu dibuka pada 11.00 malam susulan hujan lebat yang melanda daerah itu sejak petang semalam.

“Seramai 16 mangsa banjir dari Kampung Siang-Siang ditempatkan di PPS  Dewan Masyarakat Trusan setakat pagi ini.

PASANG KHEMAH… Beberapa khemah turut dipasang untuk menempatkan mangsa banjir dari Kampung Siang-Siang.  

“Jumlah itu merangkumi seorang bayi, seorang warga emas, lima kanak-kanak dan sembilan dewasa membabitkan tiga keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hujan berterusan dari petang semalam hingga malam tadi menyebabkan paras Sungai Siang-Siang meningkat, manakala fenomena air pasang yang bertembung dengan hujan lebat mengakibatkan sungai tersebut melimpah ke jalan raya.

Turut dinaiki air ialah daerah kecil Sundar tetapi belum ada sebarang pemindahan mangsa banjir dilakukan setakat ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen Derma Darah Miri 2026 catat 66 penderma
Next: Tahun Baharu 2026 bawa harapan dan semangat baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.