Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen Derma Darah Miri 2026 catat 66 penderma
  • Utara
  • WILAYAH

Kempen Derma Darah Miri 2026 catat 66 penderma

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH… Andy Jong Wan Joon (kiri) bersama Teo Kee Hoe, Teo Kee Hoe (kanan) dan Jimmy Yii Jiun Hieng (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang penderma darah pada Kempen Derma Darah Miri 2026, semalam.

MIRI: Seramai 66 penderma berjaya menyumbangkan darah sepanjang Kempen Derma Darah Miri 2026 anjuran Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA), Kelab Sosial MiriFM dan Shun Shen Lee (Miri) Trading Sdn Bhd, menerusi penyertaan  75 individu.

Program yang berlangsung semalam dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Aras 3, Dewan Pameran, Pusat Beli-Belah Boulevard, Jalan Pujut itu menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Setiap penderma yang berjaya menderma darah menerimadua kilogram beras Royal Basmathi, manakala100 penderma terawalturut menerima 500ml minyak masak Merries Lite Pure Vegetable Oil, minumanIndocafe dalam bentuk sachet, serta roti.

DERMA DARAH… Andy Jong Wan Joon turut hadir menderma darah pada pada Kempen Derma Darah Miri 2026, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur yang juga Bendahari Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA), Andy Jong Wan Joon, berkata NSJA telah mula menganjurkan aktiviti derma darah secara tahunan sejak 2019, dan tahun ini merupakan penganjuran tahun ke-8, yang kebiasaannya diadakan pada awal tahun atau pada tahun baharu.

“Sebagai sebuah organisasi yang dianggotai oleh pengamal media, kami memikul tanggungjawab untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.

“Melalui penganjuran kempen derma darah serta liputan media, kami berusaha menyemai kesedaran tentang kepentingan menderma darah demi membantu sesama insan serta mempromosikan gaya hidup sihat,” katanya.

DERMA DARAH… Andy Jong Wan Joon turut hadir menderma darah pada pada Kempen Derma Darah Miri 2026, semalam.

Menurut beliau, sebagai pengamal media, mereka amat menyedari besarnya tanggungjawab sosial yang dipikul dan berharap dapat menarik lebih ramai orang untuk memberi perhatian terhadap aktiviti kebajikan masyarakat, khususnya berkaitan nyawa dan kesihatan kehidupan.

Andy Jong berkata demikian ketika menghadiri Kempen Derma Darah bagi 2026 anjuran Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) Kelab Sosial MiriFm dan Shun Shen Lee (Miri) Trading Sdn Bhd, sambil memuji semangat para penderma yang tampil secara sukarela dan menterjemahkan erti sebenar keprihatinan terhadap masyarakat serta pengorbanan penuh kasih sayang melalui tindakan nyata.

Beliau menambah, derma darah bukan sahaja satu amalan murni untuk menyelamatkan nyawa, malah merupakan satu manifestasi tanggungjawab sosial.

“Setiap titisan darah adalah jaminan kehidupan yang amat bernilai, dan sebagai anggota masyarakat, setiap individu mampu menyumbang secara bermakna walaupun melalui perbuatan yang kelihatan biasa dalam kehidupan seharian,” katanya.

Andy Jong berkata, program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Darah Hospital Miri, Bulan Sabit Merah Cawangan Miri, Hospital Miri, dan pusat beli-belah Boulevard Miri selaku penaja tapak.

Penaja lain ialah The Twin Brothers Patisserie, Sarawak Oil Palm Berhad dan Shun Shen Lee (Miri) Trading Sdn Bhd.

Turut hadir Teo Kee Hoe, Pengerusi Kelab Sosial MiriFm , Teo Kee Hoe dan Pengurus Shun Shen Lee (Miri) Trading Sdn Bhd., Jimmy Yii Jiun Hieng.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi SAR mangsa disambar buaya di Pulau Bruit diperluas sejauh 40km
Next: PPS Dewan Masyarakat Trusan dibuka, 16 mangsa banjir dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.