Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR mangsa disambar buaya di Pulau Bruit diperluas sejauh 40km
  • WILAYAH

Operasi SAR mangsa disambar buaya di Pulau Bruit diperluas sejauh 40km

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI SAR… Mangsa dikhuatiri dibaham buaya di Jeti Sungai Kelai, Rumah Jingga, Pulau Bruit, diperluaskan sejauh 30 hingga 40 kilometer dari tempat kejadian, hari ini.

DARO: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dikhuatiri dibaham buaya di Jeti Sungai Kelai, Rumah Jingga, Pulau Bruit, diperluaskan sejauh 30 hingga 40 kilometer (km) dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Daro, DSP Rahim Mihos berkata, setakat petang ni belum ada penemuan atau tangkapan terbaru ke atas buaya yang memakan umpan dipasang. 

“Usaha pencarian diperluaskan sejauh 30 hingga 40 kilometer dari tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

UMPAN… Setakat petang ini belum ada penemuan atau tangkapan terbaru ke atas buaya yang memakan umpan dipasang. 

Terdahulu, semasa kejadian pada 26 Disember lalu, mangsa seorang remaja lelaki, Agustine Fernando Nyalong, 14, sedang menjala udang dipercayai disambar buaya berhampiran Jeti Sungai Kelai, Rumah Jingga, Pulau Bruit.

Selepas itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan dengan melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan penduduk kampung.

Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Menuju 2026-Terokai Sibu satukan sukan, budaya dan inovasi digital untuk pelancongan inklusif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.