Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Melaka pulih sepenuhnya
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Melaka pulih sepenuhnya

Utusan Sarawak 10 hours ago
JUMLAH mangsa banjir meningkat kepada 791 orang daripada 204 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 348 orang di Sarawak. Foto APM Kuching

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan mendadak petang ini, manakala situasi di Melaka pulih sepenuhnya dan Johor merekodkan penurunan.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 791 orang daripada 204 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 348 orang pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan mangsa terlibat dari beberapa kawasan sekitar bandar raya Kuching termasuk Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi Baru, Kampung Sungai Batu, Kampung Surih Iban, Taman Malihah dan Kampung Sejijak, dengan enam pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif.

APM Kuching melakukan pemantauan. Foto APM Kuching

Sementara itu, di Johor, jumlah mangsa banjir di daerah Segamat berkurang kepada 136 orang daripada 37 keluarga berbanding 159 orang pada pagi tadi, dengan lima PPS masih beroperasi.

Pengerusi JPBN Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS terbabit ialah Balai Raya Kampung Batu Badak, Dewan Serbaguna Kampung Tasek, Balai Raya Kampung Sanglang, Balai Raya Kuala Paya dan Dewan Serbaguna Kampung Tandong.

Beliau berkata dua sungai di Segamat masih melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap dengan bacaan 9.17 meter dan Jeti Sungai Tekam, 4.06 meter.

Dua jalan pula ditutup sepenuhnya, iaitu Jalan Felda Tenggaroh 3 di Mersing susulan kejadian cerun runtuh dan Jambatan Kesang-Sungai Rambai di Tangkak akibat jambatan rosak.

Sementara itu, di Melaka, situasi banjir pulih sepenuhnya apabila PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu di Jasin ditutup pada 2.03 petang hari ini selepas semua 36 mangsa daripada lapan keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung Januari ini
Next: Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan, Pahang  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.